Sunday, August 21, 2011

audiens bersuara

apa rasa hati bila mampu melihat tak mampu bersuara
seperti mahu umumkan pada dunia sandiwara watak utama dalam cerita
aku hanya penonton
mahu menegur
tak punya hak
mahu mengherdik
tak punya keberanian
mahu kenalkan diri
kau tak tahu kewujudan aku
sedang aku
menjadi saksi semuanya
sedang aku
menjadi pendengar setia
kau dan dia
watak utama
aku
sekadar audiens
namun aku yang perlu merasa
semua seksa

kau watak utama
kau cantik
kau menarik
kau baik
aku tak mampu
jadi sebaik kau
aku tak mampu
buat dia rasa
apa yang kau mampu
buat dia rasa
kau tak tahu
siapa aku
tapi aku
menadah saki baki cinta
yang kononnya tak pernah ada

tahniah

No comments:

Post a Comment