Friday, June 29, 2012

Tapi Bagaimana?

Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembnyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
 Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya
 Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini


Exactly my sentiment right now. Pernah tak rasa macam u finally found someone who's perfect for you, tapi keadaan tak mengizinkan? Haihhhhh.

Thursday, November 10, 2011

Terima Kasih Celaka

Saat kau dabik dada julang trofi
Ada kau fikir dada aku yang sesak hati aku yang mati?
Saat kau pergi menjaja ceritera yang kau cipta
Ada kau fikir maruah aku yang tercarik terluka?
Saat kau ungkap kata sayang
Ada kau fikir aku sedia sedar kau punya tembelang?

Cerita palsu yang kau bawa
Hakikat yang kau tak dapat terima
Yang tahu cuma Tuhan, kau dan aku saja.

Terima kasih kerana ajar aku erti percaya
Terima kasih kerana tambah warna gelita
Terima kasih kerana buat aku merana
Terima kasih celaka.

Sunday, August 21, 2011

audiens bersuara

apa rasa hati bila mampu melihat tak mampu bersuara
seperti mahu umumkan pada dunia sandiwara watak utama dalam cerita
aku hanya penonton
mahu menegur
tak punya hak
mahu mengherdik
tak punya keberanian
mahu kenalkan diri
kau tak tahu kewujudan aku
sedang aku
menjadi saksi semuanya
sedang aku
menjadi pendengar setia
kau dan dia
watak utama
aku
sekadar audiens
namun aku yang perlu merasa
semua seksa

kau watak utama
kau cantik
kau menarik
kau baik
aku tak mampu
jadi sebaik kau
aku tak mampu
buat dia rasa
apa yang kau mampu
buat dia rasa
kau tak tahu
siapa aku
tapi aku
menadah saki baki cinta
yang kononnya tak pernah ada

tahniah

Wednesday, August 17, 2011

nak marah tak boleh, so aku mengamuk kat sini je

KAU INGAT KAU CHANTEK SANGAT KE AMOI?

berat mata memandang, berat lagi mata aku nk tgk wajah gedik kau tu

apa perasaan bila kita lihat orang memburuk-burukkan orang yang kita sayang? sakittttt hati ni. kalau tak memikirkan maruah abg, dah lama aku sembur budak tu. ewahhhh macam lah kau tu cantik sangat nk benci-benci abang aku. jangan nak mintak simpati masyarakat lah wey, bukan aku tak tau perangai sebenar kau macam mana.yang lebih menyakitkan hati aku, ialah the fact yang aku takde hak nak marah, nak maki dia, sebab abg bukan aku punya. seksa kan bila kita tak tahu mana duduknya kita dalam hidup seseorang. ;(

Thursday, August 4, 2011

batin menjerit pagi hari

ABANGGGGGGGGG!!!!! KITE WINDU AWAK LAAAAAA PAKWEEEEE!!!!

perempuan sempurna

dan malam menjadi saksi
aku mencari
mencari bukti
mencari jawapan
mencari kepastian
kenapa
kau mesti wujud
kenapa kau begitu sempurna
hingga aku
kelihatan begitu hina
kau mampua buat dia jatuh cinta
sedang aku
menunggu setia
kau sempurna
aku hina