aku terjaga tidur sebab fon berdering. masa tu pukul 8 pagi tak silap.
"mi! bangun! siap!" suara bawang gile hyper kompem tak tido dari smalam.
"nak gi mane?" tanye aku sambil cover suara garau baru bangun tido.
"gi melaka. cepat! lagi stengah jam kitorang sampai kat bawah," bawang tegas bagi arahan. mentang-mentang aku junior kau kan.
dalam mamai-mamai tu aku pun akur pegi mandi. aku masih rasa bawang bergurau pasal gi melaka tu tapi aku bersiap je lah takut kena tinggal. dah siap mandi aku resah fikir nak pakai ape. betul ke nak gi melaka ni? dorang tu bukan boleh percaya sangat. aku teringat pejai yang bersiap pakai jeans bukan main macho lagi pergi mandi sungai sebab dia ingatkan kitorang nak gi Sg. Wang.
stengah jam kemudian aku siap dengan jeans and top, dorang pun dah tercangak kat bawah kolej aku. ewah kalau bab berjalan boleh pulak punctual cuba kalau gi kelas? ni kalau Dr. ZP tengok sure menyirap je. wajah-wajah familiar; bawang xole dan beni menanti dengan kereta kancil sewa. aku cuba lagi bertanya arah destinasi kami. sah. dorang nak pegi melaka. tak main-main punya.
sebelum gerak kami sempat breakfast dekat d'mamak. (aku rasa d'mamak, entah acik pun ingat-ingat lupe ni). rupa-rupanya dorang tak tidur semalam borak-borak dan tiba-tiba idea bernas ke melaka ni muncul. sokat yang bagi idea tapi batang hidungnya tak ade. tewas dengan godaan katil.
masa kami breakfast tu sapik dalam bas otw balik ke kl dari penang. bawang menyuarakan kekesalan sapik tak dapat bersama-sama kami ke melaka. aku yang sentiasa dahagakan perhatian terus bagi idea bernas.
"suruhla dia berhenti mana-mana nanti kita ambik la dia tengah jalan".
bawang terdiam. beni dah bagi aku pandangan hina. xole mengucap sambil urut-urut dada menahan diri dari membaling kerusi ke wajah cantik aku.
masa aku form three aku pernah buat kurang hajar dengan cikgu geografi aku. mungkin dia sumpah aku sampai skarang. mane la aku tahu nak pergi melaka tak lalu penang!
*tu semua dulu. sekarang aku dah pandai buat lawak2 geografi sampai sapik pun impressed. sekarang kita semua dah besar. sekarang kita semua dah tak dapat nak enjoy macam dulu*
No comments:
Post a Comment