dokter, tolong check hati saya bole?
kenapa dengan hati kamu?
haritu hati saya jatuh, so luka lah sikit.
dah lama ke jatuh?
lama jugak la.
oh kalau macam tu mesti luka tu dah sembuh sekarang. ala setakat parut tu u tak payah risau la, semua orang ada parut. chill lah.
tapi dokter, saya masih rasa pedih ni. entah-entah infection kot dokter?
awak jangan mengarutlah. mana ada luka hati kena infection.
tapi kalau tabur garam kat luka tu tak infection ke dokter? garam tu kotor agaknya.
kamu ni terlalu obsessed dengan diri kamu sendiri lah. boleh tak belajar let go pasal parut dekat hati kamu tu?
tapi dokter saya dah check banyak kali dah dokter.
kamu check? kamu dokter ke saya dokter? saya lebih tau dari kamu kalau hati kamu tu sakit atau tidak.
saya buat pemeriksaan ikut satu website ni. bila saya bukak website tu ada gambar. saya kena tengok gambar tu. kalau saya tak menangis bila tengok gambar tu, maknanya hati saya dah sembuh.
jadi apa kamu buat?
saya pun tengok gambar tu. saya menangis sekuat hati dokter. hati saya rasa macam kena toreh nipis-nipis.
bila kamu tengok gambar ni?
kira-kira dua bulan yang lepas.
oh. itu dah lama. sekarang mesti dah sembuh.
tapi semalam saya tengok gambar tu lagi. saya ingatkan saya dah sembuh. saya tengok. tengok. tengok. tengok. saya menangis lagi!
ah itu perasaan awak je. dah jangan buang masa saya lagi. saya nak pergi rawat orang lain pulak. orang lain punye penyakit lagi teruk dari awak. ni pesakit saya yang lepas ni, dia ditakdirkan sakit cepat bosan kamu tau? kamu tak kesian kat dia ke? itupun dia takde bising-bising macam awak ni. hmm. rasanya awak satu-satunya pesakit saya yang banyak cakap, yang lain xpernah mengadu apa-apa kat saya.
tapi dokter...
ah takde tapi-tapi lagi. belajar la let go things, cube rilek sikit, chill. sakit mata lah saya tengok awak ni, kalau cantik macam pesakit saya yang lain takpe la jugak. ni dahla buruk, perangai pulak huduh. NEXT!!
*tulah sapa suruh kau pergi check hati dekat klinik haiwan. kan dah dapat layanan macam binatang. chill kepala bana kau dokter!*