Monday, December 20, 2010

pulau pun pandai menyeru sekarang

tertengok cerita seruan pulau nami. yang pasti hati aku panasss.


mau tak panas, hari ni heroin cerita tu terlewat bangun tido, lambat pergi kerja. tak tahu lah memang adat bekerja kat korea ke ape kan, tapi Elly Mazlin sampai ofis terus dia dinaikkan pangkat. kejadahnye lambat datang kerja dinaikkan pangkat wey???


nasib baik anak kau comel.

Thursday, December 16, 2010

aku terjaga tidur sebab fon berdering. masa tu pukul 8 pagi tak silap.

"mi! bangun! siap!" suara bawang gile hyper kompem tak tido dari smalam.

"nak gi mane?" tanye aku sambil cover suara garau baru bangun tido.

"gi melaka. cepat! lagi stengah jam kitorang sampai kat bawah," bawang tegas bagi arahan. mentang-mentang aku junior kau kan.

dalam mamai-mamai tu aku pun akur pegi mandi. aku masih rasa bawang bergurau pasal gi melaka tu tapi aku bersiap je lah takut kena tinggal. dah siap mandi aku resah fikir nak pakai ape. betul ke nak gi melaka ni? dorang tu bukan boleh percaya sangat. aku teringat pejai yang bersiap pakai jeans bukan main macho lagi pergi mandi sungai sebab dia ingatkan kitorang nak gi Sg. Wang.

stengah jam kemudian aku siap dengan jeans and top, dorang pun dah tercangak kat bawah kolej aku. ewah kalau bab berjalan boleh pulak punctual cuba kalau gi kelas? ni kalau Dr. ZP tengok sure menyirap je. wajah-wajah familiar; bawang xole dan beni menanti dengan kereta kancil sewa. aku cuba lagi bertanya arah destinasi kami. sah. dorang nak pegi melaka. tak main-main punya.

sebelum gerak kami sempat breakfast dekat d'mamak. (aku rasa d'mamak, entah acik pun ingat-ingat lupe ni). rupa-rupanya dorang tak tidur semalam borak-borak dan tiba-tiba idea bernas ke melaka ni muncul. sokat yang bagi idea tapi batang hidungnya tak ade. tewas dengan godaan katil.

masa kami breakfast tu sapik dalam bas otw balik ke kl dari penang. bawang menyuarakan kekesalan sapik tak dapat bersama-sama kami ke melaka. aku yang sentiasa dahagakan perhatian terus bagi idea bernas.

"suruhla dia berhenti mana-mana nanti kita ambik la dia tengah jalan".

bawang terdiam. beni dah bagi aku pandangan hina. xole mengucap sambil urut-urut dada menahan diri dari membaling kerusi ke wajah cantik aku.

masa aku form three aku pernah buat kurang hajar dengan cikgu geografi aku. mungkin dia sumpah aku sampai skarang. mane la aku tahu nak pergi melaka tak lalu penang!

*tu semua dulu. sekarang aku dah pandai buat lawak2 geografi sampai sapik pun impressed. sekarang kita semua dah besar. sekarang kita semua dah tak dapat nak enjoy macam dulu*

Friday, December 3, 2010

Dokter Kasi Check Saya Punya Hati Satu Kali

dokter, tolong check hati saya bole?

kenapa dengan hati kamu?

haritu hati saya jatuh, so luka lah sikit.

dah lama ke jatuh?

lama jugak la.

oh kalau macam tu mesti luka tu dah sembuh sekarang. ala setakat parut tu u tak payah risau la, semua orang ada parut. chill lah.

tapi dokter, saya masih rasa pedih ni. entah-entah infection kot dokter?

awak jangan mengarutlah. mana ada luka hati kena infection.

tapi kalau tabur garam kat luka tu tak infection ke dokter? garam tu kotor agaknya.

kamu ni terlalu obsessed dengan diri kamu sendiri lah. boleh tak belajar let go pasal parut dekat hati kamu tu?

tapi dokter saya dah check banyak kali dah dokter.

kamu check? kamu dokter ke saya dokter? saya lebih tau dari kamu kalau hati kamu tu sakit atau tidak.

saya buat pemeriksaan ikut satu website ni. bila saya bukak website tu ada gambar. saya kena tengok gambar tu. kalau saya tak menangis bila tengok gambar tu, maknanya hati saya dah sembuh.

jadi apa kamu buat?

saya pun tengok gambar tu. saya menangis sekuat hati dokter. hati saya rasa macam kena toreh nipis-nipis.

bila kamu tengok gambar ni?

kira-kira dua bulan yang lepas.

oh. itu dah lama. sekarang mesti dah sembuh.

tapi semalam saya tengok gambar tu lagi. saya ingatkan saya dah sembuh. saya tengok. tengok. tengok. tengok. saya menangis lagi!

ah itu perasaan awak je. dah jangan buang masa saya lagi. saya nak pergi rawat orang lain pulak. orang lain punye penyakit lagi teruk dari awak. ni pesakit saya yang lepas ni, dia ditakdirkan sakit cepat bosan kamu tau? kamu tak kesian kat dia ke? itupun dia takde bising-bising macam awak ni. hmm. rasanya awak satu-satunya pesakit saya yang banyak cakap, yang lain xpernah mengadu apa-apa kat saya.

tapi dokter...

ah takde tapi-tapi lagi. belajar la let go things, cube rilek sikit, chill. sakit mata lah saya tengok awak ni, kalau cantik macam pesakit saya yang lain takpe la jugak. ni dahla buruk, perangai pulak huduh. NEXT!!


*tulah sapa suruh kau pergi check hati dekat klinik haiwan. kan dah dapat layanan macam binatang. chill kepala bana kau dokter!*

Sunday, November 28, 2010

orang tua banyak petua

alkisah aku direquest oleh heroin hindustan of the year untuk bercerita pasal pengalaman melalui driving test berkali-kali. oh kau rasa kelakar ek aku fail sampai 3 kali?? tu belom aku cerita pasal menangis tepuk-tepuk dahi tepi jalan lagi tu.

but oh well, apa salahnya berkongsi kan? so here goes..

nak dijadikan cerita suatu hari tu aku otw balik dari practice bawak kereta untuk driving test aku yang kedua. ibu bapa keluar pergi dating so terpaksa lah naik teksi.
untuk pengetahuan korang rakyat terengganu ni peramah belaka jadi tak dapat tidak mesti akan tercetus jugak conversation samada dengan pakcik drebar atau dengan makcik-makcik penumpang.
ini dialog aku dengan seorang akak yang naik teksi dengan aku that day:

akak: pegi belajar kereta ke dik. *obvious kot ade skolah memandu aku je tercangak kt kawasan tu. dahtu takkan aku baru balik pasang tar kat highway baru tu pulak*
aku: a'ah, esok test. hehe.
akak: nervous tak? mesti nervous kan?
aku: nervous jugakla. ni dah kali kedua ni.
akak: orang tua-tua ada petua nak hilang nervous. sebelum keluar rumah esok sapu tapak kaki kat muka tujuh kali.
aku: oh yeke? menjadi ke akak? kiranya ambil tangan sapu tapak kaki lepas tu sapu ke muka ke?
akak: eh tak lah. sapu kaki dekat muka. macam ni. *sambil cuba menaikkan kaki dia kat atas kepala. did i tell you we were in a taxi at that time?*
aku: menjadi ke?
akak: jadiiii. akak dulu nak ambil test komputer fail lapan kali lepas buat macamtu baru lulus.
aku: ohh kalau macam tu saya kena cuba lah. *aku saja je cakap macam tu sebab nak ambil hati dia, haram tak buat pun*

** bagi aku cerita ni lebih menarik kalau diceritakan dalam bahasa asal, bahasa terengganu, atau bak kata Awang Goneng, Trengganuspeak. tapi takut orang tak paham pulak. =) *


dan seperti yang dijangka bila aku fail lagi esok harinya, abah sempat mengusik:
"ni mesti kes awak tak sapu muka dengan tapak kaki pagi tadi ni"

tak kisah la petua akak tu menjadi ke tidak, apa yang aku cuba sampaikan ialah betapa peramahnya akak tu siap tunjuk gaya sekali. jangan tak tau lima minit aku naik teksi dengan dia, dia sempat cerita yang dia baru balik tengok adik dia yang baru bersalin semalam. kesian baby tu kena sawan tangis asyik menangis je tiap-tiap hari. bila nenek dia datang baca-baca ayat sikit baru baby tu tidur. =)

insiden-insiden macam ni buat aku bangga jadi orang kampung aku. the fact that you can turn to anyone, anywhere, anytime and be sure of a stranger's kindness makes you feel really safe kan?

doh ah tu, kekgi sambung pulok dehhh =)


Wednesday, October 6, 2010

laut selepas ribut

let's stop pretending that we care
let's stop pretending that we respect each other
let's stop pretending that we love
let's stop pretending that we were ever friends

now i am much much calmer
thanks for making this a lot easier

Wednesday, September 29, 2010

amek pisau tikam dada aku

i remember

last year, u spent tonight with my friends, and i cried

this year, u spent tonight with my friend, i have stopped crying..

Sunday, September 19, 2010

once is not enough

we met. once
u called. once
u texted. "i love you"
???

u must be out of your mind. seriously, is life THAT simple for you?

kisah abah

bila aku tengah buat perangai aku tak tengok cermin.


sebab bila aku marah muncung aku literally boleh sangkut hanger. jangan kata Sapick Amri, aku pun rasa macam nak lempang diri sendiri okay. dan pagi itu aku buat muncung tu lagi. punca? sebab abah kejut pagi-pagi buta ajak pergi beraya kat kelantan. adik kakak aku tak pergi sebab diorang ada kerja and nak study. mestilah aku emo waktu tidur aku terganggu. masuk dapur maintain muncung. abah gelak je. aku agree untuk pergi dengan syarat aku nak bawak bantal aku sekali. mama abah setuju. dalam kereta abah bagi aku sepuluh hinggit. "upah sebab ikot kitorang beraya" abah cakap. terus muncung aku hilang.


lepastu aku rasa bersalah sebab bantal aku tu busuk, kesian diorang. hehehe.


ketiak saya masam tapi tahi awak wangi

kentut saya busuk tapi tahi awak wangi
mulut saya busuk tapi tahi awak wangi
muka saya buruk tapi tahi awak cantik
gigi saya rongak tapi tahi awak cantik
hidung saya kembang tapi tahi awak mancung
pipi saya berjerawat tapi tahi awak licin
ketiak saya masam tapi tahi awak wangi


indahnya tahi awak berbanding saya yang hina ni kan?

Friday, September 17, 2010

PMS

i don't know how 'semput' feels like, but i think it's the same as what i'm feeling right now.

why did i bother to check my FB
why did i bother to have a phone
why did i bother to tell Abah that i want to spend more time in KL for my convo

when i know the semputness it will cause
when i know another semputness it will cause
when i know a third semputness it will cause when came Abah's reply: ok, so WE will go on Friday and leave on Sunday right after the ceremony.


I love you tapi aku tetap semput.

Wednesday, September 15, 2010

Emang Dasyarrr!!

emang dasyar.. emang dasyar.. kamu bajingan..

op op op.. aku bukan emo kat sesiapa okeh. tadi tu saja wat background music sikit. kenapa aku pilih tajuk 'Emang Dasar'? sebab emang dasar manusia tidak pernah mahu bersyukur. siapa manusia tu? AKU lah orangnya! muahahaha! *bercakap macam jin*

sebagai manusia aku banyak permintaan. tak pernah berhenti aku meminta. meminta aku tak pernah berhenti. tak henti-henti permintaanku.

tapi yang kelakar nya, bila permintaan dikabulkan, aku mahu sebaliknya pula. *kalau korang rasa tak kelakar takmau kawan!* kadang-kadang aku rase nak piat telinga sendiri, apehal bayak songel sangat ni ha??

recently i asked for something to stop coming. and it stopped. and now i cry myself to sleep waiting for it to come again. *emang dasyar kau perempuan tak tahu bersyukur!*






PADAN MUKA AKU.

virus baru

baru baru ini aku dijangkiti virus baru. sebenarnya virus ni dah lama berleluasa kat Malaysia ni, tapi symptom dan punca dia berubah mengikut musim. nak tau ape virus tu? tak nak bagi tau.. bueekkkkk.. *sambil jelir lidah konon kiut macam baby*



virus FB lah.

dulu aku antara orang yang paling lambat buat akaun FB. konon-konon cool lah takde FB. *ye masa muda aku memang poyo* lepastu bila kawan-kawan cerita pasal gambar-gambar yang di-tag dalam FB, mulalah aku teringin nak join.
mula-mula demam add kawan-kawan. pastu demam tag dan komen gambar. after sometime (cewah speaking mat saleh la pulak) bosan pastu sunyi kejap.

lepas tu berkenalan dengan boyfriend, aktif FB balik. masa tu baru nak kenal, macam biasalah masa main sms tu 'i tgh online ni, bagi la email u i nak add FB'. lepastu semangat lah upload gambar paling hot terhangat kau memang the bomb lah sebab si dia nak add kan. padahal macam lah si moncet tu tak pernah tengok wajah huduh buruk aku ni kan. lepastu hari-hari nak online mane tau moncet hantar lagu 'kiss me through the phone' ke kat FB. pastu sengih depan screen sorang-sorang kat CC macam orang gila.

bila dah start bercinta lain pulak demam dia. demam stalk boyfriend pulak. konon-konon cinta sejati, password i u jaga, password u i jaga ala-ala sweet gitew. padahal hari-hari check inbox boyfriend nih takot ade mesej-mesej dengan awek hot lain kan, ye lah boyfriend aku kan hemsem macam amitabh bachan. pastu bila ade mesej2 suspicious je mula lah meroyan baling-baling kusyen sofa. lepas tu demam upload gambar gi dating. macam aku sorang lah ade bf kan.demam add kawan-kawan bf lagi, yelah berbaik-baik sesama ipar duai amalan mulia. hihi.

bila jauh rajin bukak FB sebab nak buat status 'i rindu kat u lah baby'. pastu bile gaduh emo wat status 'i hate u baby' pulak. kasi satu dunia tau kita gaduh. *aku patot belajar untuk simpan rahsia dalam kain dan tidak jadikan ia tontonan umum*

bila dah break pun hari-hari nak bukak FB jugak sebab nak tau perkembangan bf eh silap ex bf. hehee. bila bf ada gf baru pun masih jadi stalker nak tau dorang gi dating kat mana, *memang dasar dengki busuk hati aku ni* FB jugak jadi medium aku menyampaikan caci maki dan tohmahan sebab dengki punya pasal. *grow up Nad!* yelah tengah marah memang lah tak bole pikir dengan relevan, bila dah cool sendiri yang malu.

pastu bila dah tenang bukak FB hari-hari jugak wat status happy-happy konon i have moved on lah kan. tapi bila tersilap bukak page sendiri yang semput macammana?

konklusi, taknak semput jangan bukak FB dan campak phone dalam sungai ok?

Saturday, September 4, 2010

dunia baru

Sunday, Sept 5, 2010.

Aku sudah bergelar graduan.
Aku sudah pandai drive.
Aku sudah pandai memasak.
Aku sudah pandai bercinta.
Aku sudah keluar dari cinta.
Aku sudah malas mahu bercinta.
Aku sudah tidak pasti mampukah aku bercinta lagi.
Aku sudah pandai jaga baby.
Aku sudah faham politik.
Aku sudah faham erti rindu.
Aku sudah faham erti sakit.
Aku sudah faham erti marah.
Aku sudah faham erti sedih.
Aku sudah faham erti kawan.
Aku sudah faham erti kemaafan.
Aku sudah faham erti realiti.


Aku sudah bersedia.