Wednesday, June 24, 2009

as posted in my facebook note...

aku mau tukar nama jadi Hawa. boleh kah?

senyuman awak manis seindah suria. cerianye pagi selasa dan khamis dan tengahari isnin dan rabu. sebab awak.
cemburunya rasa melihat pasangan bercinta, bahagia. bila saya boleh rasa? bila awak nak datang, encik A bukan nama sebenar?

saya sudi berubah. sudi. sudi. kalau awak sudi pimpin tangan saya. kalau itu yang awak mahu. saya tahu saya berbunyi hipokrit. tetapi itulah itu.

tapi kalau awak suka saya sebegini, saya risau. mungkin awak sama dengan dia. mungkin awak sama dengan mereka, ikan pirana. (oh, pirana bukan awak wahai bawang merah). mungkin awak pun akan lukakan saya macam dia lukakan saya. saya harap awak lain. saya harap kali ini kisahnya tak sama macam episod dulu. awak paham kan?

kawan-kawan, tulisan saya tiada struktur. mengapa? kerana perasaan saya bagai ombak di bulan disember, bagai ayam disambar benang. benarlah teori marxism, penulisan seseorang dipengaruhi oleh enviromen di waktu penulisan.

kawan-kawan benarkan aku berperasaan begini sekejap, kamu kamu dan kamu lebih rela melihat aku tersenyum dari menangis bukan?
cinta saya pada rakan-rakan tetap seperti dulu. kalaupun ada rakan yang sudah tidak cinta saya lagi. aduh sakit.
...
...
...
senyum kembali selepas beberapa saat. jangan siapa berani rampas senyuman dari bibirku lagi. aku tak rela.

~senyum kembali~
oh encik addam bukan nama sebenar! =)

1 comment: